TIPS-TIPS

1 ulasan:

  1. TIP PENJAGAAN BAJU / KAIN / SHAWL YANG MATERIALNYA DIPERBUAT DARIPADA CHIFFON :

    √ Tidak perlu membasuhnya dengan menggunakan mesin basuh malah anda hanya perlu mengosoknya dengan air dan sabun sahaja dan kemudian bilas dengan air bersih dan terus jemur di ampaian. Ini kerana mesin basuh boleh merosakkan kualiti chiffons tersebut kerana kain chiffons adalah kain yang sangat lembut dan tidak tahan lasak seperti kain Cotton.

    √ Tidak perlu 100% terus terkena pancaran matahari malah hanya 50% sahaja bagi semua jenis kain bagi mengelakkan kualiti kain mudah rosak , pudar warna dan mudah terkoyak di masa depan.Ini kerana pancaran matahari yang terus sangat panas boleh membakar kulit kita kan ? Ini kan kain yang nipis kita nk jemur macam tu..

    √ Material yang diperbuat daripada chiffons tidak perlu di ironkan dengan suhu yang tinggi malah hanya menggunakan suhu yang sederhana sahaja. Ini kerana kain chiffons adalah kain yang sangat lembut , nipis dan mudah berlubang jika menggunakan suhu yang terlalu tinggi baginya.

    √ Bagi memudahkan anda memakai shawl yang diperbuat daripada material chiffons di waktu kecemasan seperti waktu untuk melahirkan baby dan sebagainya anda digalakkan menyangkut kesemuanya shawl yang materialnya diperbuat daripada kain chiffon bagi mengelakkan daripada banyak kedutan terjadi .

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...